Create your own banner at mybannermaker.com!

Khamis, 22 Julai 2010



PANDUAN TERNAKAN LEMBU PEDAGING

Pengurusan


Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:
  • Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana;

1. selalu merosakkan tanaman orang lain
2. kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
3. makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai 4. perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan
padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembulembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.